Cart 0

SABUN KHAS UNTUK KULIT SENSITIF

Kulit sensitif merupakan kulit yang mudah bertindak balas disebabkan oleh makanan, udara atau benda asing yang terkena bahagian kulit. Apabila kulit sensitif ini terkena tindak balas ini ia akan menjadi kemerahan, ruam, rasa gatal, kering dan pelbagai lagi masalah kulit.

Contoh kulit sensetif.

Antara masalah yang sering dihadapi oleh mereka yang ada masalah kulit sensitif ini ialah tidak dapat menggunakan produk penjagaan kulit yang biasa seperti sabun, gel mandian, shampoo dan sebagainya.

Penggunakan produk penjagaan kulit yang sebarangan akan menyebabkan keadaan kulit menjadi lebih teruk, iritasi dan keradangan.

Black G Sdn Bhd, sebuah syarikat pengeluar produk kesihatan telah menghasilkan sabun kesihatan yang khas untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif.

Sabun Black G diperbuat daripada kunyit hitam. Kunyit hitam merupakan herba yang antara lainnya berfungsi sebagai anti keradangan dan anti oksida yang sesuai sangat untuk melindungi dan menjaga kecantikan kulit.

Ia sesuai digunakan oleh mereka yang mempunyai masalah kulit sensetif seperti alergic, eczema dan psoriasis. Bukan sekadar ia tidak mendatangkan masalah alahan, tetapi juga ia akan membantu memulih kulit dari semasa ke semasa dan seterusnya melindungi kulit tersebut.

Dengan menggunakan sabun Black G ini pengguna bukan sahaja mendapat kulit yang sihat tetapi pada masa yang sama kulit yang cantik dan segar.

Salah satu bahan utama dalam Sabun Black G adalah Minyak Aragan .

Manfaat Minyak Argan untuk kesihatan dan kecantikan kulit

Minyak Argan merupakan minyak yang berasal daripada buah Argan (Argania Spinosa) yang hanya boleh didapati di Maghribi (Morocco) Afrika Utara. Ia sangat istimewa sehinggakan pohon ini dilindungi oleh UNESCO. 

Pokok arahgan.PNG

Pokok Argan

Mengikut catatan, pokok ini ditemui sejak 200 tahun yang lalu. Apa yang lebih mengejutkan lagi tentang fakta pokok ini ialah, ia hanya mengeluarkan buah ketika berusia sekitar 30-50 tahun.

Untuk mendapatkan 1 liter Minyak Argan, sejumlah 30 kg buah Argan diperlukan. Lebih menarik lagi, proses untuk mendapatkan ekstrak Minyak Argan mengambil masa selama 15 jam.

Sebab itulah, nilai Minyak Argan dalam pasaran sangat tinggi.

Malah, Minyak Argan mendapat permintaan yang sangat tinggi kerana ia mempunyai fungsi yang sangat-sangat bagus untuk kulit wajah, rambut dan tubuh badan.


Minyak Aragan.PNG

Minyak Argan yang telah siap diproses.

Minyak Argan kaya dengan kandungan Vitamin A dan Vitamin E. Selain itu, ia juga kaya dengan anti-oksidan, Omega-6 dan asid linoleic. Kajian menunjukkan bahawa apabila digunakan pada kulit, ia menghalang proses keradangan dan sangat berkesan untuk melembapkan kulit.

Antara manfaatnya yang lain Minyak Argan untuk kulit ialah :

•Menghilangkan kulit kering dan pecah-pecah

•Mengurangkan kedutan

•Melambatkan proses penuaan

•Sesuai dengan kulit sensitif

•Mencegah kerosakan akibat dari radikal bebas

•Mengurangkan penampilan garis-garis kedutan dan tanda-tanda penuaan kulit pra-matang

•Mencerahkan kulit dan membuat warna kulit lebih sekata

•Menyuburkan kulit

•Membaiki kulit yang rosak, kulit menjadi licin, anjal dan bebas daripada minyak

•Mengatasi masalah jerawat

•Mengurangkan bintik-bintik dan noda hitam dipermukaan kulit

•Menghaluskan kulit

•Memperbaiki struktur kulit kering

•Melindungi dan mempercepatkan pertumbuhan sel-sel kulit baru

•Membantu menghilangkan parut



BELI SEKARANG SABUN BLACK G



Older post Newer post